Kata : kenang
Makna : timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua; mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); mengenangkan 1. = mengenangi menim­bulkan kembali dlm fikiran (ingatan), mem­bayangkan kembali serta memikirkan, meng­ingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegem­biraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau men­jadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg di­kenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat meng­ingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (mis peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"melalak"

terbakar, menyala; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.