Kata |
: |
lagak |
Makna |
: |
1. gaya atau pembawaan (yg menunjukkan keangkuhan, kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata dan pengucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pembawaan dan tutur bahasa; berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakutnakuti, menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang miskin itu; melagakkan memperlihatkan kesombongan, menyombongkan: tiada sesuatu yg hendak dilagakkan; pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk berhias. |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|