Kata : laku
Makna : 1. gaya (cara) membuat sesuatu, per­buatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupa­kan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), mem­buat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (ter­hadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pengisah"

tukang cerita (kisah dll). Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.