mohamad yusoff: Makna: bahasa; bah; basa; kecek; kicik; temutur; telutur; cakap; tutur; tetutur; lisan; lughah; loghah; lelidah; lidahan; patuturan; petuturan; kalam; pelat; baso (kl, tr, pt); tata (sistem) lambang bunyi suara yg digunakan sebagai wadah atau alat perhubungan dlm lingkungan sekelompok manusia (antara seorang perseorangan dgn perseorangan yg lain, dsbnya); susunan (sistem) lambang bunyi, yg dipakai oleh anggota suatu masyarakat atau jelata utk bekerjasama, bergaul (berinteraksi) dan mengenal; dsbnya. [Terjemahan dan padanan dlm bahasa Inggeris ialah: "tongue"; "language"; "argot"; "parlance"; "terms"; "speech"; "lingua"; "dialect"; etc.] (Padanan tulisan Jawi: "ليده"), Contoh Penggunaan: Lidah kita tidak miskin dan sekali-kali bukanlah lidah kita yg miskin, tapi kita yang memiskinkan lidah kita dgn peminjaman Inggeris atau penginggerisan lidah kita sendiri secara melampau-lampau dan keterlaluan. Tak salah jika dikatakan penginggeris bahasa Melayu ialah mereka yg agak keterlaluan dan membazir-bazirkan istilah Melayu yg sedia ada. Jika anda tidak ada maruah dan tidak ada rasa malu, silakan berbuat demikian tapi jika anda punya rasa malu dan bermaruah, pertahankan istilah-istilah asli milik kita dan milik bahasa-bahasa yg serumpun dgn kita serta ciptalah yg baru dgn akal yg Tuhan kurniakan kpdmu, jgn sia-siakannya dan jgn jadikannya sbg sampah-sarap yg tidak memberi apa-apa manfaat kpd kita dan kpd pancar (keturunan) kita yg akan datang. Buktikan lidah kita juga hebat dan mengandung sejuta ilmu, serta boleh maju spt lidah-lidah dunia yg lain. Tunjukkan bahawa kita benar-benar bersyukur dgn nikmat akal yg Tuhan berikan kpd kita. Jika tidak, selamkan saja akalmu ke dlm lautan yg luas itu sedalam-dalamnya dan biarkan ianya hanyut ditelan ombak kerana jika ia adapun, ia tak memberi apa-apa manfaat melainkan kerugian dan kemiskinan kpd bahasa kebangsaan kita sendiri., Asal Kata: lidah (lida; dila; lisan; dll), Sumber Rujukan: Ilham drpd bahasa Arab, Parsi dan Inggeris; Gagasan dan Ilham Pejuang serta Pencinta Bahasa Melayu, Gagasan Mahasiswa dan Mahaguru, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris; Cadangan kata dan Ilham sendiri. |
12-05-2017 16:58:45 |
|
|