
Kata |
: |
maju |
Makna |
: |
1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagai-mana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu?; ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; memajukan 1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan: tolong majukan se-dikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. menjadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah diper-setujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan; kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan; ~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb); pemajuan perihal atau perbuatan memajukan; pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai. |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|
|
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
|
|
CADANGAN MAKNA
1 Cadangan |
mohamad yusoff: Makna: 1) nama lain utk kaum Melayu, umumnya digunakan utk bangsa Melayu dan serumpun dgnnya yg ada di Malaysia termasuk Patani Darussalam atau Selatan Thai; Melayu; Mayu; Nayu (pt); Nnayu (pt); Mahayu; Maha Ayu; Melaya; Jawi; orang Melayu; bangsa Melayu.
2) "bahasa Maju" ~ bahasa Melayu; basa Melayu; lidah Melayu; kalam Melayu; cakap Melayu; tutur Melayu.
3) "Majupura" ~ Malaysia; Melayupura; Mayupura; semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
4) "tulisan Maju" ~ tulisan Rencong; tulisan Melayu purba; surat Rencong
[ 1. (Terjemahan dan padanan kata "Maju" dlm bahasa Inggeris ialah: "Malay"; "Malayan"; etc.)
2. (Terjemahan dan padanan kata "bahasa Maju" dlm bahasa Inggeris ialah: "Malay language"; "Malay tongue"; "Malay"; etc.)
3. (Terjemahan dan padanan kata "Majupura" dlm bahasa Inggeris ialah: "Malaysia; Malay peninsula, Sabah and Sarawak; Malayland; Malaya; etc.)
4. (Terjemahan dan padanan kata "tulisan Maju" dlm bahasa Inggeris ialah: "Malay script"; "Malay writing", etc.) ], Contoh Penggunaan: 1) Orang Maju (Melayu) terkenal dgn sifat sopan-santunnya, kuat agama, berani, teguh berpegang dgn adatnya, tinggi ketamadunannya, dan juga terkenal dengan sifat berbudi bahasa, cerdik; lemah-lembut, suka mengembara; suka mempelajari sesuatu yg baru, kacak, cantik dan lain-lain lagi.
2) Bahasa Inggeris juga terpaksa meminjam byk istilah drpd bahasa Maju spt "lepak", "proa" atau "perahu", "orang utan" dan sebagainya.
3) Majupura (Malaysia) mengamalkan tatapemerintahan kerakyatan (demokrasi).
4) Saudara kita dari Sumatera, Indonesia telah mengiktiraf tulisan Maju atau tulisan Rencong ialah tulisan orang-orang Melayu purba yg asli., Asal Kata: Maju (Mayu; Nayu; Mahayu; Mahaju; Melaya; Jawi; dll.) = Melayu, Sumber Rujukan: bahasa serumpun; Suara dan Gagasan Pejuang serta Pencinta bahasa Melayu, Suara dan Gagasan Mahasiswa, kamus Inggeris, Kajian dan ilham sendiri. |
17-07-2017 01:34:27 |
|
|
|
|
|
DUNIA KATA - KATA HARI INI |
|
|