Kata : matahari I
Makna : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"mengupar"

, menguparkan menggen-teli dgn telapak tangan. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.