Kata : puak
Makna : 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"melalak"

terbakar, menyala; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.