Kata : rata I
Makna : 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-beza­kan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (per­mukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendak­nya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), ter­dapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditun­jukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah di­eksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya per­aturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. mem­bahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke me­rata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh ne­gara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll).
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"daif"

cacat, hina, lemah: orang yg ~; mendaifkan memandang rendah (hina), menghinakan: tidak guna ~ orang yg lemah; kedaifan perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.