Kata : tampuk
Makna : 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung se­suatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan se­suatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup ke­malu­an anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegang­an cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk mang­gis; (memegang) ~ negeri (negara) (meme­gang) pemerintahan negeri (negara); ~ pe­merin­tah­an kuasa yg tertinggi dlm pemerin­tahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg ter­tinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang baha­gi­­an subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam seke­liling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencari­an­nya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tam­puk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas ber­permata.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
2  Cadangan
Ameru: Makna: Bahagian pedisel (pd bunga, buah dsb).,
Contoh Penggunaan: Buah durian itu mempunyai tampuk yang pendek.,
Asal Kata: Daripada "tampuk" yang bermaksud "bahagian hujung tangkai tempat buah melekat",
Sumber Rujukan: Kamus Dewan dan A Malay-English Dictionary oleh Wilkinson.
26-10-2023 13:46:36
Ameru: Makna: bahagian tangkai yang mencantumkan bunga atau buah tunggal pada perbungaan atau perbuahan; secara teknikalnya pedisel.,
Contoh Penggunaan: Tumbuhan itu mempunyai tampuk yang panjang sedangkan pedunkelnya pula pendek.,
Asal Kata: Daripada "tampuk" yang bermaksud "bahagian hujung tangkai tempat buah melekat",
Sumber Rujukan: Daripada Kamus Dewan dan A Malay-English Dictionary oleh Wilkinson.
26-07-2023 22:59:44




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"kelembai II"

sj tumbuhan (pokok), kelumbai, dala, kecerek, kemantu hitam, kepayang hantu, Crataeva macrocarpa. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.