Kata |
: |
tandu |
Makna |
: |
= tanduan 1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2. usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg cedera dlm kemalangan jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~; bertandu diusung dgn tandu, naik tandu: bonda Raja Mansor pun disuruh hantarkan ~ masuk ke dalam; menandu mengusung dgn tandu: maka Bendahara Lubuk Batu ditandu oranglah dibawa lari, Selamat Gagah nama orang ~nya itu; orang yg cedera itu segera ditandu ke dlm motokar. |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|