Kata : tembus
Makna : 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"sedap keleh"

Kl indah (pd pandangan) dan menarik; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.