Kata : terbit
Makna : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"melalak"

terbakar, menyala; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.