Kata : timbul I
Makna : 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"melalak"

terbakar, menyala; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.