KATA | MAKNA | SUMBER |
bangsa I
|
1. jenis manusia drpd satu asal keturunan: ~ Melayu; ilmu ~ pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dll) sesuatu bangsa; 2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan: ~ Malaysia; 3. macam, jenis: setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~; 4. jantina, jenis kelamin; 5. darjat tinggi, keturunan mulia: bahasa menunjukkan ~; rosak ~ kerana laku;sebangsa 1. serupa bangsa, satu bangsa: ~ dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah ~ unggas;berbangsa 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~; 3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya;membangsakan ark menganggap sbg bangsa (kerabat dll);kebangsaan 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~;berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dr mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yg tulen.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsai
|
1. rapuh dan buruk (kayu, rumah tua, dll), lapuk; 2. ki kurus kering (badan dll), tidak berisi (padi); nibung ~ bertaruk muda prb orang tua yg kemuda-mudaan.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsal
|
1. rumah panjang (utk gudang dll); 2. tempat panjang yg beratap (di pasar); 3. berek; 4. Jw balai (di istana).
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsat I
|
1. orang jahat (pencuri dll): apa guna mempedulikan si ~; 2. Mn (orang) miskin.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsawan
|
1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin;kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bangsa II
|
; ~-~ Bersatu pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsat II
|
Kd mengembara, merantau: anakanak ini hendak pergi ~ ke serata tempat.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsat III
|
Jw kutu busuk, kepinding.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsa (benua, orang) timur
|
bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsa (kulit) berwarna
|
bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsa kulit putih
|
bangsa Eropah;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsa yg dipertuan
|
bangsa yg menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain;
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bangsa-Bangsa Bersatu
|
pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa.
| Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangsawan usul
|
bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang);
| Kamus Dewan Edisi Keempat |