CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 10

KATAMAKNASUMBER
janda I orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pe­ngantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengan­nya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suami­nya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pe­malu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. Kamus Dewan Edisi Keempat
janda II ; ~ baik sj tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melunak, Pentace triptera. Kamus Dewan Edisi Keempat
janda baik sj tumbuhan (pokok besar), balung ayam, melunak, Pentace triptera. Kamus Dewan Edisi Keempat
janda belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; Kamus Dewan Edisi Keempat
janda berhias janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); Kamus Dewan Edisi Keempat
janda berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pe­ngantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengan­nya; Kamus Dewan Edisi Keempat
janda kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; Kamus Dewan Edisi Keempat
janda muda janda yg masih muda; Kamus Dewan Edisi Keempat
janda sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suami­nya; Kamus Dewan Edisi Keempat
janda sekali kirai janda pertama kali. Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.