Kata |
: |
janda I |
Makna |
: |
orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pengantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengannya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suaminya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pemalu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|