CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 16

KATAMAKNASUMBER
matahari I bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari II ; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; kayu ~ sj tum­buhan (pokok), Otophora imbricata. Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari III ; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus. Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari ayun matahari mulai turun (hari mulai petang); Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari condong (ke barat) matahari sudah turun; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari rembang = ~ tengah hari waktu tengah hari tepat (benar); Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari sepenggalah tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi. Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari sudah mengayun sudah petang Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari telah tinggi sudah hampir setengah hari; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari terpijak tepat waktu tengah hari; Kamus Dewan Edisi Keempat
matahari turun matahari sudah hampir terbenam; Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.