CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 4

KATAMAKNASUMBER
timbul I 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. Kamus Dewan Edisi Keempat
timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; Kamus Dewan Edisi Keempat
timbul II penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). Kamus Dewan Edisi Keempat
timbul tenggelam a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.