CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 18

KATAMAKNASUMBER
rata I 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-beza­kan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (per­mukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendak­nya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), ter­dapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditun­jukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah di­eksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya per­aturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. mem­bahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke me­rata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh ne­gara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll). Kamus Dewan Edisi Keempat
rataan ark dataran; Kamus Dewan Edisi Keempat
ratah tidak bercampur dgn benda lain (lauk-pauk); meratah 1. makan lauk sahaja (tidak dgn nasi): habis lauk itu diratahnya; 2. ki mengalahkan, menundukkan: malam gerhana bagi Malaysia apabila diratah oleh China dlm pusingan akhir perlawanan bola sepak Piala Asia; ratahan sesuatu yg diratah. Kamus Dewan Edisi Keempat
ratahan sesuatu yg diratah. Kamus Dewan Edisi Keempat
ratan Kl, Tr; beratan bersama-sama, berserta; meratan membantu, menolong, turut campur: kalau mereka bertumbuk kau jangan ~. Kamus Dewan Edisi Keempat
ratap I = ratapan rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis, menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan); meratap menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil meninggal, masih ada sahaja orang ~; meratapi meratap kerana menangisi: hati­nya ~ nasibnya. Kamus Dewan Edisi Keempat
ratapan rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis, menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan); Kamus Dewan Edisi Keempat
ratas Mn retas. Kamus Dewan Edisi Keempat
ratau Kl rantau. Kamus Dewan Edisi Keempat
rata II sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat terbang. Kamus Dewan Edisi Keempat
ratap II ; meratap berbunyi sebiji-biji dgn banyak, berbunyi berulang-ulang (mesingan dll). Kamus Dewan Edisi Keempat
ratap III Pr; meratap penuh dgn barang hiasan (cincin dll): jarinya ~ dgn cincin. Kamus Dewan Edisi Keempat
rata terbang (melayang) sl kereta yg dapat terbang. Kamus Dewan Edisi Keempat
rata- riti ke mana-mana; Kamus Dewan Edisi Keempat
rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah di­ta­burkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umum­nya: keistimewaannya ialah orang-orang bawah­annya ~ segan dan hormat kepada­nya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; Kamus Dewan Edisi Keempat
rata-riti Kl ke mana-mana; Kamus Dewan Edisi Keempat
ratap sawab ark ratap yg bersungguh-sungguh; Kamus Dewan Edisi Keempat
ratap tangis ratap dan tangis; Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.