CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 14

KATAMAKNASUMBER
bangsa I 1. jenis manusia drpd satu asal keturunan: ~ Melayu; ilmu ~ pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dll) sesuatu bangsa; 2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan: ~ Malaysia; 3. macam, jenis: setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~; 4. jantina, jenis kelamin; 5. darjat tinggi, keturunan mulia: bahasa menunjukkan ~; rosak ~ kerana laku;sebangsa 1. serupa bangsa, satu bangsa: ~ dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah ~ unggas;berbangsa 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~; 3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya;membangsakan ark menganggap sbg bangsa (kerabat dll);kebangsaan 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~;berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dr mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yg tulen. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsai 1. rapuh dan buruk (kayu, rumah tua, dll), lapuk; 2. ki kurus kering (badan dll), tidak berisi (padi); nibung ~ bertaruk muda prb orang tua yg kemuda-mudaan. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsal 1. rumah panjang (utk gudang dll); 2. tempat panjang yg beratap (di pasar); 3. berek; 4. Jw balai (di istana). Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsat I 1. orang jahat (pencuri dll): apa guna mempedulikan si ~; 2. Mn (orang) miskin. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsawan 1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin;kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. Kamus Dewan Edisi Keempat
Bangsa II ; ~-~ Bersatu pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsat II Kd mengembara, merantau: anakanak ini hendak pergi ~ ke serata tempat. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsat III Jw kutu busuk, kepinding. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsa (benua, orang) timur bangsa (benua, orang) Asia: baik di Barat mahupun di T~ kebanyakan bangsa mempunyai tarian klasik masing-masing; Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsa (kulit) berwarna bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsa kulit putih bangsa Eropah; Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsa yg dipertuan bangsa yg menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; Kamus Dewan Edisi Keempat
Bangsa-Bangsa Bersatu pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsawan usul bangsawan yg diwarisi (drpd nenek moyang); Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.