CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 10

KATAMAKNASUMBER
laku 1. gaya (cara) membuat sesuatu, per­buatan, tabiat: begini ~mu di belakangku; 2. boleh digunakan (spt wang dll), sah: wang yg tidak bernombor tidak akan ~; 3. (suka) dibeli orang, terjual: kuih jualannya ~; batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong; 4. dikehendaki orang utk sesuatu tujuan tertentu: hanya ketika muda ini awak ~; penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupa­kan penyanyi tahun enam puluhan; selaku 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; berlaku 1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi: satu kebakaran besar telah ~ pagi ini; segala apa yg ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya; 2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dll), berbuat: sedikit pun tidak terbayang pd mukanya sesuatu yg dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong; 3. = ~ sebagai menjadi (sbg): lingkaran dawai yg membawa arus elektrik itu ~ sbg sebatang magnet; 4. boleh diterima, diakui, sah: jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pd hukum syarak; 5. dijalankan, dikenakan, di­kuatkuasakan: larangan itu ~ mulai hari Khamis ini; melakukan 1. menjalankan (tugas), mem­buat (kerja dll), mengerjakan: kitalah yg berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yg bukan-bukan; 2. menjadikan laku (jualan dll): janganlah ditulis semata-mata dgn sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja; 3. = ~ diri membuat laku (spt), bertabiat atau berperangai (spt): maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya spt anak raja; memperlakukan 1. membuat sesuatu (ter­hadap, kpd, dll), menganggap (memandang) sbg: tak kusangka aku diperlakukan sbg makhluk yg rendah dan tidak berdarjat; 2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan: segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya; lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; kelakuan 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; perlakuan apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; pelaku 1. orang yg membuat sesuatu per­buatan (kerja dll), orang yg melakukan sesuatu: orang yg bersubahat dgn ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yg sama; 2. (Lin) orang yg mengerjakan se­suatu perbuatan (dlm ayat), pembuat; 3. orang yg berlakon, pelakon. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakuan laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; Kamus Dewan Edisi Keempat
lakuer sj varnis utk menyaluti dan mengilatkan permukaan kayu atau logam, sampang: ke­banyakan perabot kayu disaluti ~; melakuer menyapukan lakuer pd sesuatu: proses atau kerja ~ perabot kayu itu akan dibuat kemudian. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakum I 1. sj tumbuhan (pokok memanjat) a) carik merah, pokok riang hutan, Vitis repens; b) = akar ~ embun akar mempayung, iang­iang gajah, Vitis furcata; 2. = ~ air sj tumbuhan (pokok renek), Jussiaea suffruticosa. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakung Kl; melakung melayani makan minum (pakaian dsb) seseorang. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakur bercampur atau bersebati (logam dll), bersatu; ~ baur bercampur baur; melakurkan mencampurkan atau menyebatikan (logam dll dgn meleburkannya): platinum boleh dilakurkan dgn kaca; terlakur telah bersebati benar-benar; lakuran campuran (logam dll), sebatian; pelakuran proses atau perbuatan melakur­kan: ~ beberapa jenis logam yg berlainan. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakuran campuran (logam dll), sebatian; Kamus Dewan Edisi Keempat
lakum II ; kecar ~; ®kecar. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakum air sj tumbuhan (pokok renek), Jussiaea suffruticosa. Kamus Dewan Edisi Keempat
lakur baur bercampur baur; Kamus Dewan Edisi Keempat


DUNIA KATA - KATA HARI INI
"orang-orangan"

, orang-orang 1. tiruan orang, boneka, patung: kami dianggap ~; 2. sj patung yg dibuat utk menakutkan burung: mereka buat ~ drpd kain baju yg buruk-buruk; ~ mata bahagian yg hitam pd biji mata; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.