CARIAN KATA - KAMUS
Klik kata untuk cadangan lanjut

Bilangan Hasil Carian = 10

KATAMAKNASUMBER
tembus 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan. Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu sj tumbuhan (pokok), semensu, temensu, temesu, temusu, Fagraea fragrans; ~ bukit = ~ hutan = ~ talang = ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, Fagraea gigantea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), sepulih, sepulis, Fagraea maingayi; ~ padang sj tumbuhan (pokok), temusu, Fagraea lanceolata. Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusan surat salinan surat asal; Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu bukit sj tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, Fagraea gigantea; Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu gajah sj tumbuhan (pokok), sepulih, sepulis, Fagraea maingayi; Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu hutan sj tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, Fagraea gigantea; Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu padang sj tumbuhan (pokok), temusu, Fagraea lanceolata. Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu talang sj tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, Fagraea gigantea; Kamus Dewan Edisi Keempat
tembusu tembaga sj tumbuhan (pokok), meriang, riang-riang, Fagraea gigantea; Kamus Dewan Edisi Keempat



©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.