DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : kintaka
Makna : arkib
Contoh Penggunaan : Saya ingin sekali pergi ke kintaka untuk membuat penyelidikan.
Asal : kintaka
Sumber Rujukan : Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus atas talian, Kamus Melayu Indonesia, Kamus
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 03-01-2016 02:35:52

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
2  Komen
mohamad yusoff: Saudara 002271, betul apa yg sudah sdr nyatakan, tapi sy sekadar ingin mengetengahkan penggunaan istilah asli dan jati dlm bahasa kita. Penggunaan istilah jati dan serumpun lebih mencerminkan budaya dan kepakaran kita dlm penciptaan istilah kita sendiri selain menunjukkan kita bangsa yg bermaruah, bukan bangsa yg sekadar tahu meminjam. Saya tak kata meminjam itu tak bagus, tapi seeloknya kita perlu ada istilah kita sendiri. Itu menunjukkan kita bangsa yg berakal, berdaya cipta dan mampu berdiri megah dgn istilah-istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak drpd bahasa asing yg bukan serumpun terutamanya Inggeris dan Eropah. Saya tahu, kita banyak meminjam drpd pelbagai bahasa, tapi saya harap peminjaman secara melampau-lampau drpd bahasa Inggeris dan Eropah sudah tidak berlaku lagi dan dpt dikurangkan kerana bahasa kita sendiri kaya dgn istilah, kita ada banyak bahasa dan istilah kepuk serumpun, cuma mahu cari atau tidak sahaja. Kita boleh berfikir dan boleh mencipta istilah kita sendiri. Lihatlah bahasa Thai dan bahasa Cina yg kaya dgn istilah sendiri, tak tergesa-gesa meminjam-minjam drpd bahasa lain, selain mencari dan mencipta istilah sendiri dahulu. Jika kita suka meminjam, itu menunjukkan kita bangsa yg miskin dan bodoh. Jadi, jika kita bukan bangsa yg bodoh dan miskin, ciptalah istilah kita sendiri, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Buktikan yg kita bukan bangsa yg bodoh dan suka meminjam drpd istilah bahasa lain. Cari, fikir dan cipta.
22-06-2018 01:27:40
002271: sdr, nampaknya dlm korpus teks bertulis dan lisan, kintaka belum menampakkan kekerapan penggunaan dlm bahasa Melayu di Malaysia.
05-03-2018 15:12:31



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"sepak"

(sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-ge.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.