DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : elicitor
Makna :
Contoh Penggunaan : Oligochitosan act as elicitor that very effective in controlling disease infection and improve yield productivity.
Asal :
Sumber Rujukan : jurnal
Gambar :
Sumbangan : shakinah
Tarikh : 20-07-2016 14:03:08

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1  Komen
mohamad yusoff: Assalamualaikum dan salam sejahtera serta maafkan saya saudari Shakinah, saya rasa istilah ''elicitor'' yg anda cadangkan itu tidak sesuai digunakan dlm bahasa Melayu kerana terlampau Inggeris bukan saja dari segi kosa kata, bunyi bahasa (fenotik), malah dari segi ejaannya. Saya kira ada baiknya jika anda mengkaji dulu sebelum mencadangkannya kerana kata cadangan anda itu boleh merosakkan dan mencacatkan keaslian bahasa Melayu. Bahasa Melayu itu kaya dengan istilahnya yg tersendiri maka jangan kita miskinkannya dengan selalu meminjam istilah-istilah Inggeris yakni drpd bahasa penjajah asing. Utk pengetahuan saudari, kata ''elicitor'' sudah dipinjam dlm Kamus Dewan. Sila rujuk di laman sesawang : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=elicitor . Pada pendapat saya, istilah Inggeris ini tidak sesuai diguna pakai dlm bahasa Ibunda kita kerana tidak mencerminkan jatidiri bangsa Melayu. Sepertimana yg saya katakan sebelum ini, bahasa Melayu kaya dgn perbendaharaan katanya yg tersendiri. Utk pengetahuan saudari juga, istilah ''elicitor'' dlm bahasa Inggeris berakar kata drpd perkataan ''elicit'' yakni satu kata kerja yg membawa maksud dlm bahasa Melayu jatinya ialah ''mencungkil'', ''memperoleh'' atau ''mendapati'' manakala ''-er'' atau ''-or'' ialah kata imbuhan akhiran Inggeris yg memberi maksud ''pembuat'', ''pelaku'', atau ''org atau alat atau sesuatu yg melakukan sesuatu''. Kata akhiran ''-er'' dan ''-or'' boleh dipadankan dengan awalan ''pem-'', ''peng-'', ''pen-'', atau ''pe-'' dalam bahasa Melayunya. Maka boleh dibuat kesimpulan bahawa kata ''elicitor'' boleh dipadan dengan istilah Melayunya iaitu ''pencungkil'' atau ''pemeroleh'' atau boleh saja Ahli Dewan Bahasa memperkayakan saja kegunaan dan maksud istilah-istilah Melayu yg sedia ada seperti ''pendapat'' untuk ''opinion'', ''idea'', ''thinking'' dan ''elicitor''. Utk pengetahuan saudari, bahasa Inggeris bukanlah bahasa moden atau mutakhir tapi sekadar bahasa teknologi atau kejuruteraan. Namun, bukan bermakna bahasa Melayu tidak berguna. Bahasa Melayu tetap berguna dan mungkin boleh mencapai taraf bahasa dunia dari segi perhubungan antarabangsa kerana separuh penduduk timur tenggara boleh bercakap dlm bahasa Melayu iaitu meliputi negara Malaysia, Republik Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Selatan Thai, Selatan Myanmar atau Burma, Selatan Filipina, dan Kemboja. Saya nak mengesyorkan kpd sesiapa yg ingin mencadangkan kata rojak atau kata yg bercampur aduk dengan bahasa Melayu dan Inggeris atau bagi sesiapa yg ingin merosakkan dan merojakkan bahasa Melayu, saya syorkan kerajaan, DBP dan penutur bahasa mencipta ruang maya atau laman sesawang yg baru untuk sesiapa sahaja yg ingin mencadangkan kata rojak dlm bahasa Melayu. Saya juga ingin mencadangkan kpd anda atau kpd sesiapa saja yg ingin merojakkan dan merosakkan serta mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, anda disarankan utk melawati dan mencadangkannya di laman sesawang ini iaitu : https://kitabgaul.com/members/login?origin=submit-entry . Sekadar menasihati dan berkongsi ilmu. Maafkan saya dan terima kasih sekali lagi.
21-07-2016 11:22:08



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pelita duduk"

pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.