DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : higien
Makna : kebersihan
Contoh Penggunaan : higien dan kesihatan
Asal : higen
Sumber Rujukan : program unisza
Gambar :
Sumbangan : kucing
Tarikh : 21-07-2016 10:58:30

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
3  Komen
mohamad yusoff: Salam saudara 910312-12-6271, tolong beri nama yg tepat utk akaun anda supaya kita tidak terkeliru, walaupun nampak seperti mencela tapi niat saya sekadar memanggil, maaf, saudara 910312-12-6271! saya tahu, yg mana yg betul fonetik atau fenotik. Saya juga belajar, bukan saudara saja. Mungkin saya tersilap mengejanya. Itulah sebabnya saya kurang suka penggunaan istilah Inggeris secara melampau-lampau. Lihatlah pada tulisan saya, yg saya maksudkan dgn fonetik dan fenotik (tersilap taip), anda sendiri boleh lihat dgn jelas, maksud saya yg sebenarnya ialah "bunyi bahasa" bukannya sejenis makanan laut. Saya harap anda tidak rabun. Perkataan almari dan tingkap berasal dari bahasa Belanda, anda pasti? mana buktinya? utk pengetahuan anda, kata "almari" berasal dari bahasa Portugis dan kata "tingkap" asli dlm bahasa Melayu, bukan dari bahasa Belanda. Cawan bukan drpd bahasa Jepun tapi drpd bahasa Cina iaitu 茶 atau cha bermaksud teh dan 碗 atau wan bermaksud cangkir. Bahasa Melayu memang meminjam banyak drpd bahasa Arab dan Sanskrit, tapi andakah anda tak pernah terfikir bahawa bahasa Melayu juga memiliki kosa kata jatinya yg tersendiri, spt aku, lesung, api dan beribu-ribu lagi. Jika anda kononnya bijak, buktikan dari mana datangnya perkataan, aku, lesung dan api? jika anda tak boleh menjawab anda juga silap menilai bahasa Melayu sbg bahasa yg suka meminjam tapi anda sendiri jahil dgn bahasa kebangsaan anda sendiri. Jika anda lihat, dlm bahasa Cina, Thai, Korea, Jerman, Hindi, Tamil, Belanda, Jepun, Arab dan lain-lain, masing-masing ada istilah mereka tersendiri. Yang anehnya, mereka tidak pula meminjam-minjam secara keterlaluan daripada bahasa Inggeris. Kita pula terhegeh-hegeh meminjam terus drpd bahasa Inggeris tanpa mencipta kata baru atau menapisnya terlebih dahulu. Bagaimana anda boleh mengatakan kata "hygiene" kosa kata yg merangkumi 2 maksud padahal kata itu sendiri hanyalah bermaksud "kebersihan", tapi diperluaskan maksudnya oleh pakar bahasa Inggeris utk memenuhi keperluan istilah dlm bidang-bidang tertentu. Tidak spt kita yg cuma tahu meminjam sahaja. Nah, lihatlah sekarang, adakah kosa kata bahasa kita yg miskin atau kita yg ketandusan akal? maaf jika saya katakan yg anda cuma membalas ulasan saya dgn menyindir dan terlalu beremosi tanpa ilmu dan bukti yg jelas. Sekali lagi maafkan saya dan assalamualaikum.
23-08-2017 04:11:18
910312-12-6271: fonetik bukan fenotik. Perkataan higin juga tidak ada dalam laman seswang yang saudara kongsikan. Perkataan almari dan tingkap misalannya adalah diambil dari bahasa belanda. cawan diambil dari bahasa Jepun. juga banyak dari bahasa sanskrit dan bahasa arab yang bahasa melayu ambil ditukar ke ejaan bahasa Melayu. Pengambilan bahasa asing ke bahasa Melayu adalah untuk memperkayakan lagi bahasa Melayu. 'Hygiene' menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); "merujuk kepada keadaan dan praktik yang membantu untuk untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyebaran penyakit" bagaimana kenyataan ini diringkaskan dalam satu istilah?
16-08-2017 11:59:37
mohamad yusoff: Assalamualaikum dan salam sejahtera serta maafkan saya saudara Kucing, saya rasa istilah ''higien'' yg anda cadangkan itu tidak sesuai digunakan dlm bahasa Melayu kerana terlampau Inggeris bukan saja dari segi kosa kata, bunyi bahasa (fenotik), malah dari segi ejaannya. Saya kira ada baiknya jika anda mengkaji dulu sebelum mencadangkannya kerana kata cadangan anda itu boleh merosakkan dan mencacatkan keaslian bahasa Melayu. Bahasa Melayu itu kaya dengan istilahnya yg tersendiri maka jangan kita miskinkannya dengan selalu meminjam istilah-istilah Inggeris yakni drpd bahasa penjajah asing. Utk pengetahuan saudara, kata ''hygiene'' sudah dipinjam dlm Kamus Dewan tapi bukanlah dengan ejaan ''higien'' atau ''higen'' tapi dengan ejaan ''higin''. Sila rujuk di laman sesawang DBP ini, iaitu : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=higin . Pada pendapat saya, istilah Inggeris ini tidak sesuai diguna pakai dlm bahasa Ibunda kita kerana tidak mencerminkan jatidiri bangsa Melayu. Sepertimana yg saya katakan sebelum ini, bahasa Melayu kaya dgn perbendaharaan katanya yg tersendiri. Utk pengetahuan saudara juga, istilah ''hygiene'' sudah ada terjemahan dan padanan katanya dalam bahasa Melayu jatinya iaitu ''kebersihan'' ''kesihatan'' atau ''ilmu kesihatan''. Sila rujuk di laman sesawang DBP ini, iaitu : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hygiene . Utk pengetahuan saudara, bahasa Inggeris bukanlah bahasa moden atau mutakhir tapi sebaliknya sekadar bahasa teknologi atau kejuruteraan. Namun, bukan bermakna bahasa Melayu tidak berguna. Bahasa Melayu tetap berguna dan mungkin boleh mencapai taraf bahasa dunia dari segi perhubungan antarabangsa kerana separuh penduduk timur tenggara boleh bercakap dlm bahasa Melayu iaitu meliputi negara Malaysia, Republik Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Selatan Thai, Selatan Myanmar atau Burma, Selatan Filipina, dan Kemboja. Saya nak mengesyorkan kpd sesiapa yg ingin mencadangkan kata rojak atau kata yg bercampur aduk dengan bahasa Melayu dan Inggeris atau bagi sesiapa yg ingin merosakkan dan merojakkan bahasa Melayu, saya syorkan kerajaan, DBP dan penutur bahasa mencipta ruang maya atau laman sesawang yg baru untuk sesiapa sahaja yg ingin mencadangkan kata rojak dlm bahasa Melayu. Saya juga ingin mencadangkan kpd anda atau kpd sesiapa saja yg ingin merojakkan dan merosakkan serta mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, anda disarankan utk melawati dan mencadangkannya di laman sesawang ini iaitu : https://kitabgaul.com/members/login?origin=submit-entry . Sekadar menasihati dan berkongsi ilmu. Maafkan saya dan terima kasih sekali lagi.
21-07-2016 11:40:39



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pelita duduk"

pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.