DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : oidentasi
Makna : bantahan, penolakan dalam sesuatu perbincangan
Contoh Penggunaan : 1. Sebarang oidentasi tidak akan dilayan selepas ini.
Asal :
Sumber Rujukan : Kamus Dewan
Gambar :
Sumbangan : Pihin Hassanal
Tarikh : 29-07-2016 23:06:54

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
2  Komen
mohamad yusoff: Salam sejahtera, Pihin Hassanal, saya kira kata yg anda cadangkan itu tidak sesuai digunapakai dlm bahasa Melayu kerana itu. Anda mengatakan rujukan anda dlm Kamus Dewan tapi saya tak pernah jumpa perkataan yg anda cadangkan itu dlm Kamus Dewan. Ada baiknya jika anda tidak menggunakan kata ''oidentasi'' itu. Saya hairan, kenapa anda tak menggunakan saja istilah-istilah Melayunya iaitu bantahan, sanggahan, sangkalan. bangkangan, ingkaran, tentangan, tolakan, penolakan, dan lain-lain lagi. Jadi, kenapa perlu guna istilah-istilah asing, sedangkan bahasa kita mempunyai istilahnya yg tersendiri? Sampai bila bahasa kita dan pakar-pakar bahasa kita nak mengharapkan istilah-istilah asing? Bila pula kita nak bina istilah-istilah asli milik kita sendiri? Adakah istilah-istilah bahasa Melayu tak terkenal? Tidak, bahasa sudah terkenal sejak ribuan tahun dahulu lagi. Mari saya berikan anda sedikit nasihat dan ulasan. sebenarnya kita yg mencorakkan bahasa kita. Kita yg boleh jadikan bahasa kita sama ada bahasa yg bersifat asli atau tiruan. Kita yg boleh jadikan bahasa kita sama ada terkenal atau tidak. Siapa lagi yg nak gunakan bahasa kita melainkan bangsa kita sendiri. Kita kena bangga dengan bahasa sendiri seperti orang-orang Thai yg bangga dengan bahasa mereka dan seperti orang-orang Cina yg bangga dgn bahasa mereka sendiri. Jadi, kesimpulannya, jangan jadikan bahasa kita bahasa tiruan yg suka meniru-niru istilsh-istilah asing yg bukan serumpun dan jagalah keaslian bahasa kita agar bahasa kita boleh menjadi bahasa yg hebat dan menjadi salah satu bahasa dunia yg dikagumi.
01-08-2016 13:41:17
Pihin Hassanal: Assalamualaikum, adakah perkataan oidentasi dapat terima pakai dalam bahasa Melayu ?
31-07-2016 14:46:51



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"sepak"

(sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-ge.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.