DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : Gajet
Makna : Perkakasan
Contoh Penggunaan : Anak muda sekarang suka menggunakan gajet
Asal :
Sumber Rujukan : Tiada dlm kamus
Gambar :
Sumbangan : Idahassan
Tarikh : 04-12-2016 05:45:27

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
6  Komen
jufert: Gajet sudah ada dalam Kamus Dewan Perdana, sila beli dan jangan bergaduh, haha
23-07-2021 17:54:47
mohamad yusoff: Sejahtera, encik Ahmad Firdaus, saya ingin membalas pendapat anda dgn suatu pertanyaan, iaitu adakah anda mahu jadikan bahasa Melayu seperti bahasa Afrika dan Papua New Guinea yg telah kehilangan jati dirinya dan keasliannya???? kalau anda nak pandai bahasa Inggeris, pergilah belajar bahasa Inggeris, bukan Inggeriskan bahasa Melayu. Saya di sini, hanya ingin mempertahankan kesucian dan keaslian bahasa Melayu drpd dirosakkan oleh manusia yg tidak tahu apa itu nilai kesenian dan keindahan keaslian bahasa.
03-08-2018 23:50:24
ahmadfirdaus: Salam sejahtera mohamad yusoff, Saya kurang setuju bahawa peminjaman kata daripada bahasa Inggeris akan mencacatkan keaslian bahasa Melayu, walaupun kata pinjaman itu telah dimelayukan sekalipun. Tahukah encik, peratusan kosa kata jati bahasa Inggeris cuma 30% tetapi penggunaan bahasa itu kini amat meluas di serata dunia. Hal ini kerana bahasa tersebut tidak jumud dalam menerima istilah asing untuk disesuaikan dengan bahasa sendiri. Hal sama berlaku kepada bahasa Melayu, sewaktu datangnya Islam ke Asia Tenggara. Orang Melayu menerima pakai istilah Arab dan tulisan Jawi yang disesuaikan dengan penggunaan masyarakat. Malah, jangan nafikan encik juga menggunakan istilah pinjaman seperti kata teknologi, istilah, maklumat, komunikasi, asli, nasihat dll. Penerimaan istilah asing menunjukkan bahasa Melayu itu kompetitif, dinamik dan mampu menyesuaikan diri mengikut peredaran zaman. Tidak bermaksud istilah jati bahasa Melayu itu dipinggirkan, sebaliknya ia mewujudkan alternatif bagi pengguna bahasa untuk memilih kosa kata yang bersesuaian dengan laras bahasa yang ingin digunakan.
20-07-2018 00:44:16
mohamad yusoff: Salam sejahtera, saudara/saudari 730612-02-5335, saya rasa padanan yg lebih sesuai utk "gajet" atau "gadget" dlm bahasa Melayu ialah "alatan" atau "alat kecil" sebab itulah maksudnya yg sebenar. Dalam kamus, jelas padanan "gadget" ialah "alat". Selain itu, kata "perkakas" dan "alat" juga sesuai dipadankan. Dalam bahasa serumpun di Indonesia, kata "gawai" juga bermaksud alat dan perkakas yg saya rasa boleh dipadankan dgn kata "gadget". Jika kita lihat, dlm kamus Inggeris, kata "gadget" diistilahkan sebagai "a small device, tool or machine that has a particular but usually unimportant purposes.", atau "a small mechanical device or tool, especially an ingenious or novel one." atau "an often small mechanical or electronic device with a practical use but often thought of as a novelty.", dsb. Anda carilah dlm kamus Inggeris yang mana sekalipun, ia tetap tidak akan lari dari kata "tool", "machine", "device" dan seerti dengannya kerana itulah maksudnya yg sebenar. PC dan komputer ialah di bawah bidang teknologi maklumat. Bidang teknologi yg lain termasuklah bidang kejuruteraan, industri/perusahaan, keselamatan dan kesihatan, maklumat dan komunikasi/perhubungan, pengangkutan, sains gunaan, dan banyak lagi. Bidang teknologi cukup luas, bukan bidang maklumat saja. Sudah kita sedia maklum, pengarang dan penulis majalah PC terlalu terpengaruh dgn istilah Inggeris kerana mengambil ilmu dan maklumat daripada bahan ilmiah yg menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, tak hairanlah mereka menggunakannya. Saya rasa, masyarakat lebih memahami istilah "alat" drpd istilah "gadget". Jika anda mengatakan istilah ini difahami ramai di Amerika mungkin betul tapi bukan di Malaysia, dan bukan semua yg memahaminya. Orang kita selalu mengginggeriskan bahasa Melayu, kerana mereka tak ada kesedaran tentang pentingnya menjaga keaslian bahasa. Sebenarnya orang-orang kita kekurangan modal utk memikirkan penciptaan istilah yg baru dlm bahasa kita sendiri kerana itu kita selalu meminjam sahaja. Sikap suka mengingeriskan bahasa Melayu mengakibatkan bahasa kita kehilangan jati diri dan suatu hari nanti bahasa kita mungkin akan jadi seperti bahasa Afrika dan bahasa di Papua New Guinea yg sudah hilang jatidiri dan keasliannya bahasa mereka. Sekian, sekadar memberi pandangan dan nasihat, maafkan saya dan terima kasih!
30-08-2017 04:10:16
730612-02-5335: Perkataan 'gajet' lebih sesuai dan bertepatan dengan maksud utk menggambarkan perkakasan teknologi. Istilah 'gajet' sering digunakan oleh pengarang/penulis buku/majalah PC bagi menggambarkan satu perkakasan teknologi yang sentiasa berubah-ubah dan terbaharu. Penggunaan istilah 'gajet' ini bertujuan untuk pembaca lebih memahami maksud yang nak disampaikan dengan lebih tepat. Ejaan gajet ini sudah dimelayukan dan sering diguna pakai pada perbualan harian masyarakat umum, namun sumber rujukan tiada di dalam kamus melayu.
29-08-2017 07:42:16
mohamad yusoff: Salam sejahtera encik/ cik Idahassan, maafkan saya dan izinkan saya berkongsi sedikit maklumat dan pandangan saya kepada anda, saya kurang bersetuju jika kata "gajet" atau "gadget" digunakan dlm bahasa Melayu kerana ianya boleh merosakkan keaslian bunyi bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita. Selain itu, istilah "gajet" itu berasal drpd bahasa Inggeris iaitu drpd kata "gadget" yg sudah ada padanannya dlm bahasa Melayu. Tambahan lagi, istilah "gadget" sudah ada banyak padanan dan kata seertinya yg tersendiri dlm bahasa Melayu yg asli dan sedap didengari, iaitu "alat"; "alatan"; "perkakas"; "perkakasan", "pakakas"; "pekakas"; "kelengkapan"; "kalangkapan"; "pelengkapan"; "perlengkapan"; "pesawat"; "jentera"; ''sarana"; "perangkatan"; "perabot"; "perabut" dan banyak lagi. Kenapa mahu meminjam istilah Inggeris lagi sedangkan istilah Melayu yg asli sudah cukup sesuai utk menakrifkan dan menerangkan istilah dan kata "gajet" itu? saya sekali lagi memohon maaf jika terkasar bahasa, sekadar menasihati utk sama-sama memajukan bahasa ibunda kita. Tegur sebagai tanda cintakan bahasa, dan sekali lagi terima kasih kpd anda kerana sudi membaca tulisan saya disamping menghayatinya. Mohon maaf dan tabik!
05-12-2016 03:23:53



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"kelembai II"

sj tumbuhan (pokok), kelumbai, dala, kecerek, kemantu hitam, kepayang hantu, Crataeva macrocarpa. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.