DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : akomodatif
Makna :
Contoh Penggunaan : sikap yang akomodatif
Asal : accommodative
Sumber Rujukan : http://www.etranslator.ro/english-malay-online-translator.php
Gambar :
Sumbangan : mnafandi
Tarikh : 26-12-2016 16:20:30

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
1  Komen
mohamad yusoff: Sejahtera, encik/ cik mnafandi, suka saya terangkan bahawa kata "akomodatif" sudah terdapat dlm kamus DBP tapi hanya digunakan dlm bidang perubatan saja. Pada pandangan saya, jika kita perhatikan dan kaji baik-baik, kata "akomodatif" ialah kata terbitan daripada kata "accommodate" dlm bahasa Inggeris yg memberi banyak maksud spt "menginapi"; "menginapkan"; "memberikan penginapan kpd"; "menyesuaikan"; "menyesuaikan diri"; "menempatkan"; "muat"; "menyelesaikan"; "memecahkan"; "memberi"; "mengasi"; "menolong"; "membantu"; "menampung"; "memuat"; "mendamaikan"; "menyediakan" dan sebagainya. Jika diselidiki balik, kata "accommodative" dlm bahasa Inggeris mempunyai kata seertinya dan memiliki persamaan maksud dgn beberapa kata iaitu; "cooperative", "accommodating" dan "reconciling". Tambahan lagi, jika dikaji pembentukan kata dlm bahasa Melayu, kadang-kadang kata kerja dlm bahasa Melayu boleh menjadi kata sifat. Seperti kata "bekerjasama" yg boleh digolongkan sebagai kata nama, dan boleh dipadankan dgn kata "cooperate" dan "collaborate". Selain itu, kata "bekerjasama" dlm bahasa Melayu juga boleh digolongkan sebagai kata sifat yg boleh dipadankan juga dgn kata "cooperative" dan "accommodative". Itu menunjukkan ada kalanya kata kerja dlm bahasa Melayu boleh berubah menjadi kata sifat mengikut kalam turutan (konteks) ayat. Jadi, pendak kata, istilah "accommodative" boleh dipadankan dgn kata kerja spt "menolong"; "bekerjasama"; "menyesuaikan"; "bersifat menyesuaikan"; "bersifat menolong"; "berkaitan dgn penyesuaian" dan sebagainya serta kata padanan itu perlu digunakan bersesuaian dgn kalam turutan (konteks) sesebuah ayat itu sendiri. Bahasa Melayu memang sudah lama menjadi bahasa para cendekia dan satu bahasa yg mengagumkan jika kita kaji baik-baik. Oleh itu, janganlah kita tergesa-gesa menerjemahkan sesuatu kata pinjaman itu sewenang-wenangnya dan sesuka hati kita, kerana istilah asli bahasa ibunda kita kekadang mampu mencapai maksud yg sama dlm bahasa asing itu. Kita cuma perlu berusaha utk mencari, mengenal pasti, menyelidik dan mengkaji dan memperkayakan maksud dan istilah kita secara wajar (logik) dan berdaya cipta (kreatif) barulah kita layak dipanggil pemikir yg matang dan bijak. Izinkan saya memberi sedikit nasihat dan pandangan, jika kita sekadar meminjam, budak perguruan (sekolah) rendah pun mampu buat tapi sebaliknya jika dikerahkan fikiran utk mempertahankan keaslian bahasa Melayu, jarang masyarakat kita mampu buat demikian kerana tidak ada kesedaran dlm diri mereka dan kerana mereka sudah terbiasa meminjam serta menggunakan bahasa asing yg menyebabkan mereka kurang perihatin (prihatin) dgn keaslian bahasa Ibunda dan sikap mereka yg suka melantak-lantak (tidak mempedulikan dan melakukan sesuka hati) dlm penggunakan bahasa dan istilah yg tepat, asli dan betul. Sekian, sekadar berkongsi maklumat, nasihat dan pandangan. Maafkan saya dan terima kasih kerana membaca dan menghayati tulisan saya, assalamualaikum dan tabik!
27-12-2016 04:13:39



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pelita duduk"

pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.