DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : bidadara
Makna : 1) kata lawan untuk bidadari; sebangsa bidadari tetapi berjenis kelamin lelaki; bidadari lelaki; widadara; apsara; hapsara; dadara; dedara. 2) bidadari lelaki dari golongan manusiawan (manusia lelaki) yg beriman, gagah perkasa dan tampan. 3) wildan; pemuda syurga; pemuda syurgawi; remaja syurga; remaja syurgawi; pelayan syurga; pelayan syurgawi. 4) dewa di kayangan (syurga). 5) (kiasan) lelaki yg tampan; rupawan (sangat kacak) dan gagah perkasa.
Contoh Penggunaan : Tidak ada keterangan yg jelas mengenai bidadara dalam agama Islam. Bidadara mungkin saja dari golongan manusia yg berjantina lelaki; muslim, dan beriman kerana lelaki boleh berkahwin lebih drpd satu (bermadu) di dunia dan juga di akhirat atau mungkin saja bidadara dari kalangan wildan iaitu anak-anak yg meninggal dunia sebelum baligh (cukup umur) yg bakal menjadi para pelayan muda remaja syurgawi.
Asal : bidadari (dewi di kayangan; perempuan yg cantik rupawan; widadara; dedari; apsari; hapsari; dadari; dll) + -a (akhiran yg bermaksud lelaki; berjenis kelamin lelaki; -wan; -man; dll) = bidadara
Sumber Rujukan : bahasa Indonesia; bahasa sukuan; bahasa Sanskrit; bahasa serumpun; cadangan kata dan makna sendiri; http://abuirfah.blogspot.my/2011/10/adakah-bidadara-di-syurga.html?m=1 ; http://titiantasbih.blogspot.my/2012/04/malaikat-wildan-hurul-aini.html?m=1
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 18-04-2017 19:26:06

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pelita duduk"

pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.