DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : tangkal kuman
Makna : (1) antiseptik; tangkal jangkitan; tangkal-kuman; pembasmi kuman; bahan pembasmi kuman; penangkal jangkitan; penangkal kuman; pembasmi jangkitan; pelawan jangkitan; pelawan kuman; bahan pelawan kuman; (2) sejenis germisid; sejenis bakterisid; germisid; bakterisid; penghapus kuman; ubat kuman; peracun kuman; racun kuman; racun bibit; pembunuh kuman; pembasmi kuman; bahan pembunuh kuman; dll; (3) antibakteria; tolak kuman; bidas kuman; cegah kuman; pelawan kuman; lawan kuman; tentang kuman; lawan bibit; tolak bibit; bidas bibit; dll. (Terjemahan dan padanan kata "tangkal kuman" dlm bahasa Inggeris ialah: "antiseptic"; "antibacterial"; "anti-bacterial"; "disinfectant"; "germicide"; "bactericide"; etc.)
Contoh Penggunaan : 1) Tangkal kuman ialah sejenis sebatian atau senyawa pisah (kimia) yang digunakan untuk membunuh; menghambat atau menghalang pertumbuhan atau pembiakan hidupan seni (mikroorganisme) pada jaringan atau tisu yang hidup seperti pada permukaan kulit dan selaput lendir (membran mukosa). 2) Pada dasarnya terdapat dua jenis tangkal kuman yaitu (iaitu) tangkal kuman jenis germisid dan tangkal kuman jenis bakterisid. Kedua-duanya tangkal kuman itu sama jenis dgn racun kuman. Kedua tangkal kuman itu berbeza dari segi kegunaannya (fungsinya). Tangkal kuman jenis germisid atau racun penghapus kuman atau juga pembasmi kuman atau lebih selesa disebut racun kuman mampu menghancurkan atau menghapuskan kuman sedangkan tangkal kuman jenis bakterisid atau racun pemerlahan kuman digunakan untuk memperlahankan atau memperlambat pertumbuhan atau pembiakan kuman (bakteria) atau juga lebih selesa disebut racun kuman. Kedua jenis tangkal kuman tersebut berkesan atau mujarab (efektif) bagi (utk) melindungi luka dan mempercepat penyembuhan luka. (3) Kasai (losen) tangkal kuman (antibakteria).
Asal : tangkal (anti, kontra, azimat, tolak, tangkis, penangkal, dll) + kuman (germa; benih; basil; bibit; bakteria; mikrob; hidupan halus; dll)
Sumber Rujukan : Suara, gagasan dan Ilham Pejuang serta Pencinta Bahasa Melayu, gagasan dan suara Mahasiswa, Kamus DBP dan KBBI (rujukan kata seerti, dll), Kamus Inggeris; Cadangan kata dan Ilham sendiri.
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 12-07-2017 02:38:35

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pelita duduk"

pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.