DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : jalarakin
Makna : 1) "jalarakinan" ~ (Kim) tindak balas kimia apabila sebatian bertindak balas dgn air utk menghasil­kan sebatian lain; ist penguraian atau perubahan sesuatu sebatian kimia oleh air; peruraian oleh air; penguraian oleh air; tindak balas senyawa air dengan senyawa lain yang menyebabkan senyawa bersangkutan terurai menjadi basa (bes) dan asam (asid) serta terlepas dari susunan (struktur) galian (mineral); olah (proses) pembelahan atau pemecahan ikatan kimia dengan penambahan air; penguraian atau peruraian dgn air atau zat air; dsb. 2) "menjalarakin"/"jalarakin" ~ menghidrolisis; mengalami perubahan oleh air (bkn bahan kimia); melakukan hidrolisis; menjalani hidrolisis. 3) "menjalarakinkan"/"jalarakin"~ menghidrolisiskan; menguraikan atau mengubah sesuatu sebatian kimia dgn air; mengurai secara jalarakinan (hidrolisis); melakukan hidrolisis; menjalani hidrolisis; menjalarakin; dll. (Terjemahan dan padanan dlm bahasa Inggeris ialah: 1) "jalarakinan"/"jalarakin" ~ hydrolysis; decomposition of a chemical compound by reaction with water; the chemical breakdown of a compound due to reaction with water; etc. 2) "menjalarakin"/"jalarakin" ~ undergo changes by water (chemicals); hydrolysing; hydrolyze; hydrolyse; break down (a compound) by chemical reaction with water; etc. 3) "menjalarakinkan" ~ hydrolyze; hydrolyse; break down (a compound) by chemical reaction with water; etc.)
Contoh Penggunaan : Pemanfaatan jalarakinan yang telah lama wujud dan digunakan secara dagang (komersial) adalah ester jalarakin penyabunan (pembentukan sabun). Contoh ini adalah bentuk jalarakinan trigliserida (lemak) dengan asas cecair seperti natrium hidroksida. Semasa olah (proses) jalarakinan, minis (gliserol) terbentuk, dan asam (asid) lemak bertindak balas dengan bahan asas untuk mengubah kedua-dua bentuk garam. Garam ini dipanggil sabun yang sering digunakan dalam isi rumah.
Asal : jala- (awalan yg bermaksud air atau zat air; ayer; keairan; yg berkenaan dgn air; zat air; yg digerakkan dgn air; tergabung dgn zat air atau hidrogen; dll) + -rakin (singkatan drpd cerakin)
Sumber Rujukan : Gagasan, Ilham dan Suara Pencinta serta Pejuang Bahasa Melayu; Gagasan, Ilham dan Suara Mahasiswa; Kamus DBP dan KBBI; Bahasa Indonesia; Kamus Inggeris; dll.
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 03-10-2017 06:37:42

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"sepak"

(sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-ge.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.