DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : kintakawan
Makna : juruarkib; juru-arkib; juru arkib; petugas arkib; pengarkib; orang yang menjaga bahan-bahan arkib, memuliharanya, atau memberi perkhidmatan bahan-bahan tersebut kepada ahli sejarah dan para penyelidik melalui kawalan yang betul; orang yang menjaga dan bertanggungjawab terhadap arkib; arkiwis; arkibis; arkivis; dll. [Terjemahan dan padanan kata "kintakawan" dlm bahasa Inggeris ialah: archivist; a person responsible for preserving, organizing, or servicing archival material; an information professional who assesses, collects, organizes, preserves, maintains control over, and provides access to records and archives determined to have long-term value; a person who maintains and is in charge of archives; etc.]
Contoh Penggunaan : Kintakawan mempunyai kewajipan untuk memastikan pemeliharaan rerakam (rekod) berharga, masa lalu dan sekarang. Dalam menilai rerakam (rekod) untuk pengekalan atau pelupusan, Kintakawan bertindak sebagai sulih pancar (wakil generasi) yg akan datang. Kintakawan kena (mesti) melindungi keutuhan rerakam (rekod) dan menjaganya daripada penipuan, pengubahan, atau kecurian; melindunginya daripada kerosakan jasadi (fizikal) disebabkan oleh api atau pendedahan yang berlebihan kepada cahaya, kelembapan, dan kekeringan; serta memastikan bahawa nilai bukti mereka tidak terjejas dalam olah (proses) pemulihan, susunan, dan penggunaan lazim (normal).
Asal : kintaka (arkib; kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; tempat menyimpan naskhah-naskhah, rerakam (rekod) umum dan surat (dokumen) sejarah sesebuah negara; tempat menyimpan atur cara dan bahan kiratera (kom­puter) + -wan (akhiran yg bermaksud org yg berpen
Sumber Rujukan : Gagasan, Ilham dan Suara Pencinta serta Pejuang Bahasa Melayu; Gagasan dan Suara Mahasiswa; Kamus DBP dan KBBI; Bahasa Indonesia; Kamus Inggeris
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 28-11-2017 05:39:58

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"pelita duduk"

pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.