DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : tangkal hama
Makna : 1) antiseptik; bahan kimia yg digunakan utk membunuh kuman; pembunuh kuman; germisid; racun kuman; ubat kuman; bahan pembunuh kuman; bahan pembasmi kuman; 2) "bersifat tangkal hama" ~ bersifat membasmi, membunuh atau mencegah pembiakan kuman dan jangkitannya; antiseptik. [Padanan kata bahasa Inggeris ~ "antiseptic"; "germicide"].
Contoh Penggunaan : 1) Terdapat banyak tangkal hama semulajadi yg diciptakan oleh Tuhan kepada manusia, antaranya bunga cengkih, madu dan halia. 2) Lemon bersifat tangkal hama dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
Asal : tangkal (tolak; lawan; cegah; hindar; sesuatu yg digunakan utk menolak sesuatu) + hama (kutu; kuman)
Sumber Rujukan : Kamus KBBI dan DBP, kamus bahasa Indonesia (KBBI), gagasan dan ilham pejuang serta pencinta bahasa Melayu, kamus Inggeris, Cadangan kata dan makna ilham sendir
Gambar :
Sumbangan : mohamad yusoff
Tarikh : 15-09-2019 03:49:36

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0  Komen



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"sepak"

(sépak) pukulan dgn kaki, depak, ten-dangan; ~ raga jaring = ~ takraw sj permainan dgn bola raga yg memakai jaring di tengah gelanggang; ~ sila tendangan dgn bahagian kaki di sebelah dalam; ~ singkar tendangan dgn bahagian kaki sebelar luar; ~ terajang a) tendangan dan pukulan dgn kaki (kerana marah, dlm perkelahian, dll); b) tingkah laku, gerak-ge.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.