DUNIA KATA - BUAL KATA

Kata : Kecemanapulaan
Makna : Satu taktik perdebatan di mana seseorang membalas sesuatu tuduhan dengan pesongan (seperti mempersoalkan perkara lain yang jauh berkaitan); whataboutisme.
Contoh Penggunaan : Kecemanapulaan ialah satu bentuk salah anggap logikal yang banyak dipegang oleh penggunaan media sosial ketika berhujah bagi menyangkal sebarang tuduhan terhadap dirinya.
Asal : Daripada "cemana pula" yang bermaksud "macam mana pula", dan imbuhan "ke- -an" untuk membentuk kata nama.
Sumber Rujukan : "Macam mana" dan "pula" daripada Kamus Dewan; Inner Self (Apa Itu Whataboutism Dan Mengapa Ini Taktik Popular - 2020)
Gambar :
Sumbangan : Ameru
Tarikh : 20-05-2023 11:22:31

PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
3  Komen
Ameru: "Cemana" ni sebenarnya bentuk tidak baku bagi "macam mana" namun sepatutnya masih boleh diterima pakai memandangkan kata "jeraya" (dalam "jerayawara") juga adalah bentuk tidak baku bagi "jalan raya", selain untuk merakam keaslian katanya yang memang dipakai tika berhujah. Dalam banyak-banyak kelainannya seperti camana, camna, camne dan juga bagaimana, kata "cemana" diterima memandangkan pembentukan kata ini selari dengan lidah Melayu. Pertama, bunyi sengau – n, m, ng – tidak sepatutnya bertemu dengan sengau (seperti dalam "camna"). Kedua, kata pertama dengan vokal /a/ cenderung berubah kepada schwa /e/. Jadi, "cemana" adalah tepat.
20-05-2023 13:38:41
Ameru: Contoh lain: Ko tak yah nak 'bercemana pula' dengan aku la... Aku memang pantang dengan orang yang amalkan 'kecemanapulaan' ni.
20-05-2023 13:37:07
Ameru: 'Kecemanapulaan' ni paling senang nak tahu bila seseorang gunakan kata mempersoalkan ketika melawan hujah, selari dengan pembentukan katanya – daripada "cemana pula (dengan)...". Contoh: "Semua pihak harus berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyatu antara kaum". "Habis tu, yang ramai orang politik amalkan rasuah tu cemana pula?"
20-05-2023 13:29:49



DUNIA KATA - KATA HARI INI
"menghendap"

merendahkan diri (membong­kok dsb) atau menyembunyikan diri (me­nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem­bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.