Kata : geser
Makna : (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya; menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen; menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang; tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya); geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
1  Cadangan
Syammim: Makna: (Kejuruteraan automotif) Pergerakan yang selari dengan satah atau permukaan keratan rentas sesuatu bahan atau material. Pergerakan geser menerbitkan daya geser.,
Contoh Penggunaan: Pada pusat geser, tiada pemampatan atau peregangan bahan berlaku.,
Asal Kata: Shear,
Sumber Rujukan: Kejuruteraan automotif.
04-07-2021 11:15:03




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.