Kata : kerah I
Makna : kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung; berkerah sl = mengerahkan; maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; mengerahkan 1. memanggil orang berkum­pul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat ten­tera dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti di­usahakan bersama-sama (dgn bergotong­royong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll; pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati; pengerah 1. orang yg mengerah(kan), juru­kerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghim­punkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"kerah I"

kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung; berkerah sl = mengerahkan; maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; mengerahkan.... Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.