Kata : kenal
Makna : 1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala­-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenai­nya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"melalak"

terbakar, menyala; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.