Kata : uzur
Makna : 1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung, hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dsb;menguzurkan membuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan; keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat
PERINGATAN: DBP tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui portal rasmi ini. Itu ialah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


CADANGAN MAKNA
Makna :
Contoh Penggunaan : *
Asal kata :
Sumber Rujukan : *
       
* Medan wajib diisi
0  Cadangan




DUNIA KATA - KATA HARI INI
"perkreditan"

yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.