DUNIA KATA - SINOPSIS KAMUS

Edisi terkini Kamus Dewan memaparkan:

  • Sekitar 82 900 kata masukan (34 578 entri, 24 180 subentri dan 24 142 frasa entri).
  • 5843 kata masukan baru yang berupa:

- Kata umum


- Istilah umum pelbagai bidang ilmu


- Kata serapan Arab


- Kata slanga


- Dan 375 kata yang mengalami peluasan makna


  • Pengemaskinian ejaan.
  • Pembaikan takrif, bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh bahasa Melayu

Kamus Dewan disusun atas kesedaran bahawa:


"...memandang kepada perlunya sebuah kamus yang dapat memenuhi kehendak masyarakat masa ini, manakala Bahasa Kebangsaan kita telah meningkat ke peringkat kemajuan amat pesat...."

Tun Syed Nasir Ismail (1968)


"..betapa perlunya bahasa Melayu mempunyai sebuah kamus moden, lengkap dan yang dapat dipertanggungjawabkan dari segi ilmiah, untuk  menampung keperluan-keperluan yang lahir dari proses pemodenan Melayu itu."

Datuk Haji Hassan Ahmad (1970)


"...usaha pembinaan bahasa umumnya  dan penyusunan kamus khususnya harus terus-menerus berlangsung agar kata dan istilah baru, konsep dan idea mutakhir terakam untuk tatapan khalayak yang kian prihatin terhadap bahasa dan kebangsaan."

Dato' Haji A. Aziz Deraman (1994)


DUNIA KATA - KATA HARI INI
"penangkap ikan"

nelayan; Selanjutnya

LIHAT KATA POPULAR

CARIAN POPULAR

KATA BAHARU
©Hak Cipta Terpelihara 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.