jufert: swafoto dan selfi sudah ada di Kamus Dewan Perdana |
22-07-2021 14:23:11 |
|
|
002271: Untuk makluman Sdr Suu, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dlm bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu gabungan swa+foto yang membentuk SWAFOTO diterima sebagai mendukung konsep yg paling tepat untuk menjadi padanan untuk SELFIE.
Untuk makluman, kedua-dua perkataan membawa maksud yang sama. Akan tetapi, pihak DBP telah memilih swafoto untuk penggunaan RASMI, hatta oleh mana-mana institusi termasuk institusi pendidikan.
Pada masa yg sama 'selfie' atau 'selfi' masih tetap diterima masyarakat secara umum. Tidak menyalahi apa-apa peraturan berbahasa. |
11-01-2019 16:53:26 |
|
|
Suu: Jadi adakah swafoto ni dh diterima pakai dlm bhs melayu dlm institusi pendidikan?
Soalan ni utk dbp |
13-08-2017 08:56:26 |
|
|
Suu: Jadi adakah swafoto ni dh diterima pakai dlm bhs melayu dlm institusi pendidikan? |
13-08-2017 08:56:03 |
|
|
mohamad yusoff: Sejahtera, apa khabar, saudara Muhammad Aqil Rifqi Bin Mohame! pada pendapat saya cadangan anda sangat bagus tapi semoleknya kata "foto" itu digugurkan dalam kata "swafoto" itu kerana "foto" ialah bahasa pinjaman Inggeris atau Eropah yang mencacatkan keaslian bahasa Melayu. Apa salahnya jika disebut "swagambar" atau "swacitera", "gambar sendiri", atau "swarca" yang semuanya adalah membawa maksud "swafoto", "selfie", "self-portrait". Untuk pengetahuan anda istilah "swafoto" ialah istilah yang berasal dari Indonesia yang dicipta oleh pakar bahasa Indonesia sendiri. Untuk pengetahuan anda juga, istilah "swafoto" jarang mendapat tempat di kalangan masyarakat Indonesia dan penuturnya kerana sikap ahli bahasa yang tidak mengiktiraf, tidak menggunakan, tidak merasmikan serta tidak memasukkannya ke dalam kamus besar bahasa Indonesia. Disebabkan sikap mereka itu, penutur-penutur bahasa Indonesia tidak bersemangat dan tidak yakin untuk menuturkan istilah itu. Padahal, istilah "swafoto" itu sangat tepat dengan istilah "selfie" dalam bahasa Inggeris. Mengikut Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan (Kemendikbud), ‘selfie’ dalam terjemahan Bahasa Indonesia adalah ‘swafoto’. Kita tak pernah mendengar kata itu sebelumnya sebab itulah, Kemendikbud sangat perihatin dengan kenyataan ‘swafoto’ tidak semasyhur ‘selfie’. Ketua Pusat Pembinaan Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbud, Gufran Ali Ibrahim, menilai masyarakat kita sudah terbiasa meletakkan kedudukan bahasa Inggeris di atas bahasa Indonesia. Padahal, mengikut Gufran, kita boleh mulai dari hal kecil seperti menggunakan kata ‘swafoto’. Pada pendapat saya, istilah cadangan anda sangat bagus tapi seeloknya kata "foto" itu digugurkan dan digantikan dengan "gambar", "citera", "citra", atau "arca". Contohnya, "swagambar", "swacitera", "swacitra", atau "swarca". Hal itu boleh mencerminkan jati diri masyarakat Nusantara dan ia juga dapat mencerminkan pembinaan keaslian, ketahanan keaslian, keutuhan keaslian, dan kekukuhan jati diri bahasa Melayu walaupun zaman silih berganti. Sekadar berkongsi maklumat dan meluahkan pendapat. Maafkan saya dan terima kasih kerana sudi membaca dan menghayatinya, assalamualaikum dan tabik! |
07-11-2016 18:32:17 |
|
|