Kata |
: |
menghulurkan |
Makna |
: |
1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; |
Sumber |
: |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
|